Lembu Bali merupakan ternakan lembu tempatan bagi negara indonesia.Ianya seperti lembu baka kacukan Kedah kelantan(KK) dimalaysia ini.
Dari segi saiz ianya tidak banyak berbeza dengan lembu KK.Berat lembu jantan dalam lingkungan 350kg - 450 kg

Walaupun tidak banyak berbeza dari segi saiz dan warna tetapi lembu bali betina mudah dikenali kerana bahagian bawah kakinya dan perutnya berwarna putih seperti memakai stokin, manakala lembu bali jantan yang berwarna coklat akan bertukar warna menjadi hitam apabila mencapai umur 2 tahun.



Pada tahun 2002 kerajaan indonesia mengharamkan pengekspotan lembu bali tulen keluar dari Indonesia untuk menjaga kepentingan industri ternakanya.
namun demikian lembu bali yang terdapat diMalaysia waktu ini telah dimport dan diternak oleh FELDA yang kini telah berkembang sebanyak 2600 ekor.


Kadar kelahiran : 60% - 70%


Kadar Kematian : <3%>


nisbah daging : 40% -45 %


Penjagaan dan pemeliharaanya tidak begitu sukar kerana ianya tahan lasak, tahan hujan dan panas.mempunyai rintangan yang baik terhadap kutu dan hama dan mudah menyesuaikan dalam iklim malaysia.



cara hidup yang berkumpulan dan boleh bertindak ganas sekiranya diperakukan secara paksa dan kasar dan sebaliknya akan menjadi jinak jika dipelihara dengan baik dan manja.


Kelemahan lembu bali adalah tidak boleh dikacukkan dengan baka lain kerana anak yang lahir dari kacukan tersebut mandul.para penyelidik masih menjalankan kajian dalam hal ini.



Harga pasaran dalam lingkungan RM25.00 / kg dengan ini berbeza dengan harga pasaran lembu sembelihan yang harganya RM7.50 /kg menyebabkan harga danging lembu bali menjadi mahal yang dijual pada harga RM35.00/kg.

0 tokok tambah